Tuesday, 18 May 2010

sunshine award

"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


Awal pagi tadi, aku telah di 'buzz' oleh cik bulanhijau. Dia hadiahkan aku with this award. Thank you my fren! Tapi kan..honestly...aku terkedu jap bila baca apa yang cik bulanhijau tulis tentang aku (dari kacamata dia lah!..eh..kau pakai spek ke beb?)..hehe..



8. awan bayu. Dia, reviewer terhebat! Boleh menangis
    berguling-guling, babe ! Tapi, apa yang dia cakap semuanya
    betul.


hahaha...reviewer terhebat?! aku?...hahaha lagi!...

baru 1 novel je aku review (if you could call that a review lah!)...itu pun sebab aku dipaksa (sorry nasz...tapi memang kau paksa kan..haha)

Anyway, sepatutnya aku kena pulak buat bebenda ni untuk award ini:-

i. Nominate 12 more bloggers. ..aku dah decide not to do this
                                                               sbb ada ke org yg baca blog aku nih?
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post. done!
iii. Link the nominees within your post. ..no nominees..so no link
iv. Let the nominees know they have received this award by
     commenting on their respective blogs. ..again...no nominees..
v. Share the love and link to the person from whom you have
    received the award. ..done!

Tapi kan..kot2 ada lah yang baca blog aku nih...kalau terasa nak amek award ni...sila lah...khas buat anda...

~ enough for now! ~

Thursday, 6 May 2010

sweet sour II

picture source ~
Jemari Seni Publishing
Kisah Alia Akma, Azarul Hisyam dan Faizul Hakimi ini telah lama aku nantikan untuk mengetahui kesudahan cinta tiga segi diantara mereka. Yang masih aku ingat, semasa kisah ini masih di blog penulis lagi, aku seakan amat tertarik dengan jalan cerita dan gaya penulisan yang sangat sempoi dan ala-ala brutal itu. Dan sehingga kisah mereka ini dijadikan novel bercetak, memang tidak dapat disangkal lagi…penulis memang mempunyai caranya yang tersendiri. Dalam banyak-banyak novel yang pernah aku baca, belum pernah lagi aku membaca sebuah cerita yang disampaikan dengan cara seperti ini. Rasanya macam sedang mendengar cerita daripada seorang ‘geng’ kita yang amat rapat. Aku rasa seperti balik ke zaman muda-muda dan otak gila-gila semasa remaja.

Watak Alia Akma, heroin yang direbut oleh dua jejaka bersaudara, bercinta dengan si adik tetapi bertemu jodoh dengan si abang. Si heroin yang kuat berangan dan berimaginasi yang entah haper-haper tu makin menjadikan cerita ini semakin menarik. Setiap perkataan yang keluar dari kepala Alia untuk menyedapkan hatinya sendiri dengan setiap perkara yang berlaku di dalam dirinya membuatkan aku dapat rasa ketabahan dirinya untuk kekal waras. Keputusan Azarul untuk menikahi gadis lain, memang memeranjatkan pada awalnya yang terjawab juga dia akhir cerita ini.

Aku mula terpaut pada watak Joe – Faizul Hakimi seawal kemunculannya bertemu Alia. Apabila dia tersenyum ketika bertanyakan nama gadis ini dan senyum lagi ketika incident nyaris berlanggar kereta, membuatkan aku tersenyum dan tersengeh sama. Joe telah dengan aggresivnya mengejar Alia untuk mendapatkannya walaupun dia tau Alia itu adalah kekasih adiknya sendiri. Sanggup berpusing 360° dari kebiasaan kehidupannya yang penuh keji hanya kerana Alia…walaupun cara nak dapatkan Alia itu pun aku kira amat keji, tapi yang pasti..’best men win’ la kan..hehe…Sikap Joe yang amat romantic, cool dan terlalu menjaga Alia itu akhirnya dapat juga membuatkan Alia terpaut walaupun berkali-kali Alia mengingatkan dirinya agar jangan jatuh hati pada Joe.

Dan aku rasa, part yang paling membuatkan aku lenguh pipi kerana asyik ketawa dan tersengeh apabila bermulanya episod rumahtanggan Alia dengan Joe. Macam-macam gaya Joe cuba untuk memikat Alia dan macam-macam cara juga Alia cuba untuk tidak tunduk pada Joe yang opkos akhirnya Alia kalah juga. Adegan yang paling aku suka adalah ketika Joe memaksa Alia memanggilnya dengan panggilan ‘abang’, ketika Joe ajak Alia mandi bersama dan paling tak kurang ketika adegan ‘terpaksa peluk’ itu yang berkali-kali membuat Alia ‘test jantung’. Lenguh pipi aku baca part-part ‘Suka Jiwa’ trademark penulis ini…

Apa pun, setelah aku selesai membaca sehingga ke titik terakhir cerita ini, aku rasakan ketiga-tiga mereka ini adalah LOSER..Alia yang terlalu mengikut perasaan cintanya, Zarul yang sangat tidak mampu berpendirian teguh dan Joe yang terlalu taksub untuk mencapai keinginannya. Dan loser disini tidak sekali-kali mengambarkan keseluruhan cerita yang memang amat menarik ini. Dan untuk kau Nasz, setulus ikhlas dari hati aku, dari scale of 1-5, memang ‘Sweet Sour’ ini berhak mendapat


twinkle dari aku…..

Akhir kata, ‘Sweet Sour’ ini telah selamat aku balut dan tong sampah aku letakkan jauh darinya.

~ enough for now! ~

Thursday, 22 April 2010

sweet sour

picture source ~
Jemari Seni Publishing
This is the most awaited novel. After almost 2 years of waiting, enquiring & begging, it's finally ready to be introduced to the world. Out for grabs starting 2nd May, 2010 from Jemari Seni Publishing.

The writer ... someone I can call a friend in this 'wide wide world of the web' (quoting Optimus Prime in 'Transformer - the movie' lah ...).

We meet almost every day. But never face to face. Heck! I don't even know her real name! But nevertheless, I was in happy tears when I finally set eyes upon the sweet cover of this novel ...

So here's a toast to you NASZ (... Raising my morning cup of nescafe ...)... CONGRATULATION bebeh! Hoping for many more great stories to come ...

**********************************************************************************

A - Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira ... baru sepuluh dah kecoh ... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Banyak cakap pula ... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin ... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey ... saya bayar!" Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

ISBN: 978-967-5118-31-9
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia) / RM24.00 (Sabah / Sarawak)
Harga pembelian melalui pos / pesanan online: RM19.00


~ enough for now! ~

Friday, 16 April 2010

an emo bee zee body

everybody has the right to his / her own secrecy and privacy.


deep emotions are purely for people close to you.


don’t be such a busybody from the beginning & being emotional later on when the truth surfaces…


me nobody will stay a me nobody until the end…


~enough for now!~

Tuesday, 9 February 2010

aku malas!!

Gila sedih bila tiba-tiba aku berada di dalam situasi ini. Jiwa kacau. Otak sasau. Hati meracau. Handphone off. Call – aku out!

Sampai bila nak jadi begini??? Hidup tak tenteram. Badan panas. Rasa nak demam. Kepala berdenyut. Migrain datang. Tekak perit. Lidah payau…penyakit perasaan nih!

Taubat! Aku tak mau lagi begini. Hidup mesti kuat. Dah kuat boleh BUNUH yang jahat-jahat. Baru rasa selamat.

Tapi sekarang aku tak larat. Nak tidur dulu hilangkan penat. Puas dah aku mengayat. Tapi tetap juga tak dapat-dapat.

Aku tau Allah nak duga. Juga nak bagi sedar. Jangan lagi aku lalai. Ikut suka bila nak pakai.

Sekarang semua back-off! Jangan racun fikiran aku lagi. Kalau nak, cari lah sendiri. Jangan suruh-suruh aku lagi. Mentang-mentang aku cepat kesian. Ini natijah yang engkau balas. Gunakan aku sepuas-puas. Time nak lunas kau diam tanpa belas. AKU MALAS!!

~enough for now!~