Tuesday 28 February 2012

awak suka saya tak?


picture source : google images

Penulis: Melur Jelita
Terbitan Karyaseni Enterprise
Cetakan pertama Oktober 2011
Sem. Malaysia RM35.00
Sabah/Sarawak RM38.00
1056 muka surat



Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul pula Dimien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya... seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... sifuku... kekasihku. kembalilah....

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini...." Hilman Yong.

Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan... walau cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Hanya menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.


*******************************************************************************************************


"Saya maafkan... sentiasa dan selamanya..."


Alangkah indahnya jika aku bisa mendidik hati dan jiwa ini untuk sentiasa memaafkan... 


Pertama kali aku novel ini aku belek, terbeliak sket mata melihat ketebalannya. Dan novel ini lah yang paling akhir aku baca dari novel-novel yang dipinjamkan oleh cik Srikandi, geng GSS aku yang tersayang. BESS DEH! Sangat membuai jiwa dan perasaan. Tidak menjemukan. 


Kisah seorang mualaf yang sanggup menunggu cinta seorang gadis selama 11 tahun lamanya.  KISAH KASIH SAYANG yang ditulis oleh Melur Jelita ni sarat dengan mesej2 tentang cinta, kasih sayang, kemaafan, kesetiaan, kesabaran, tanggung jawab dan yang paling penting tentang keislaman. Siapa kita untuk menidakkan kehendah Nya... yang paling sedih jika cahaya keislaman itu juga ditarik dari diri kita...Nausubillah min zalik...


Dan akhir kata setelah 2 kali aku ulang baca, aku pasti novel ini berhak diberi 







twinkle. 


Syabas!!




p/s.. pasni nak tetapkan ciri2 menantu pilihanlah!.. hahahahaha


~enough for now~