Wednesday 5 September 2012

Aidilfitri 2012

picture source : google images
Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Sorry ya.. terlambat wish sebab terlupa password rumah ni... hehehe. Faktor umur kot... Ahaks!

Banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan aku beberapa bulan ini. Dan yang pasti, kebanyakkannya adalah kesah-kesah yang kurang keindahannya. Aku mengharungi Ramadhan tahun ini penuh dengan peperangan dan pertarungan. Mostly dengan diri sendiri. Syukur... ALLAH, DIA dan anak-anak menjadi kekuatan aku untuk mengharungi segalanya. DIA juga banyak memberikan kata-kata semangat untuk aku terus berjuang dan bangkit untuk memberikan Aidilfitri yang istimewa buat kami sekeluarga. Bukan mudah untuk menjadi seorang 'aku'.. seorang yang tersepit diantara perasaan dan tanggungjawab. Apa pun, aku amat bersyukur kerana telah berjaya dalam satu bahagian peperangan ini dan apa yang aku perjuangkan dan pertahankan akhirnya telah terbukti kebenarannya.. Alhamdulillah...

Tetapi, segala yang berlaku ini telah merubah diri aku. Dahulu, aku sentiasa akan beranggapan baik pada orang lain, redha akan segala yang berlaku. Tapi kini rasanya tidak lagi. Setelah berkali-kali aku dan keluarga aku disakiti, aku mula menjadi seorang pembenci. Ada api kemarahan di hati. Hanya Allah sahaja yang tau betapa aku berusaha untuk memadamkan nya. Tapi ternyata ianya amat sukar. Walau aku ucap aku terima kemaafan dari mereka, hati ini tetap tidak mahu lagi mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Aku jadi tidak ikhlas dalam setiap kemaafan itu. Lalu aku sengaja menjauhkan diri. Tetapi aku dituduh pula telah memutuskan silaturahim antara kami, walhal aku cuma cuba untuk melindungi diri ini dari berulang kali disakiti, berulang kali disalah erti... dan pertarungan ini lah yang masih berterusan di jiwa aku kini. Walaupun apinya sudah sedikit reda, tetapi bahangnya masih lagi terasa. Aku rasa hanya masa sahaja yang benar-benar dapat memadamkan segalanya... InshaAllah.

Semua ini telah membuatkan aku hilang minat untuk ke alam cyber. Aku tinggalkan segalanya. Hanya menjenguk ke tempat yang perlu-perlu sahaja. Novel-novel juga aku tinggalkan. Entah kemana semuanya. Aku langsung tidak ambil peduli. Janji aku untuk 'read & review Senyum Sampai Langit' pun belum aku tunaikan. Entah bila... Maafkan aku ya...

~ enough for now ~

No comments: