Wednesday 5 September 2012

Lazuardi

picture source : Jemari Seni Sdn Bhd
Penulis : Nasz
ISBN : 978-967-5118-85-2
Harga : RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online : mulai 3 Sep. 2012 di http://www.jemariseni.com/

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.


“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
Kahwin tu apa?”
Kahwin tu maknanya baling bunga.”
Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
Haa?”
Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”

‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini? Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.

*******************************************************************************************************

Lazuardi by Nasz (goodreads)
My rating: 5 of 5 stars


HABIS! dan bos aku boleh keluar dari gua...

Ok.. so aku ngelat sedikit... mula membaca dari bab 40. Hey! Aku kan Pn PA.. mestilah aku dah baca manuskrip ini dari awal lagi.. hahaha.. cuma nya bos aku tu bagi baca part yang awal-awal sahaja. Ending nya sama jer la dapat baca macam orang lain juga...

Dan seperti yang aku jangkakan, Lazuardi ini juga telah membuat aku saspen sehingga ke titik yang terakhir. Gaya yang tetap sama. Tetap seperti perbualan seharian aku dengan dia. Tahniah Nasz! Tahniah kerana aku rasa kau telah berjaya navigate cerita ini dengan baik sehinggakan persoalan yang berat dalam kepala anaz dapat kau sampaikan dengan mudah dan santai. It's all in the head dan di situ jugalah aku nampak biru Lazuardi itu...

~ enough for now ~


View all my reviews

Aidilfitri 2012

picture source : google images
Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Sorry ya.. terlambat wish sebab terlupa password rumah ni... hehehe. Faktor umur kot... Ahaks!

Banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan aku beberapa bulan ini. Dan yang pasti, kebanyakkannya adalah kesah-kesah yang kurang keindahannya. Aku mengharungi Ramadhan tahun ini penuh dengan peperangan dan pertarungan. Mostly dengan diri sendiri. Syukur... ALLAH, DIA dan anak-anak menjadi kekuatan aku untuk mengharungi segalanya. DIA juga banyak memberikan kata-kata semangat untuk aku terus berjuang dan bangkit untuk memberikan Aidilfitri yang istimewa buat kami sekeluarga. Bukan mudah untuk menjadi seorang 'aku'.. seorang yang tersepit diantara perasaan dan tanggungjawab. Apa pun, aku amat bersyukur kerana telah berjaya dalam satu bahagian peperangan ini dan apa yang aku perjuangkan dan pertahankan akhirnya telah terbukti kebenarannya.. Alhamdulillah...

Tetapi, segala yang berlaku ini telah merubah diri aku. Dahulu, aku sentiasa akan beranggapan baik pada orang lain, redha akan segala yang berlaku. Tapi kini rasanya tidak lagi. Setelah berkali-kali aku dan keluarga aku disakiti, aku mula menjadi seorang pembenci. Ada api kemarahan di hati. Hanya Allah sahaja yang tau betapa aku berusaha untuk memadamkan nya. Tapi ternyata ianya amat sukar. Walau aku ucap aku terima kemaafan dari mereka, hati ini tetap tidak mahu lagi mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Aku jadi tidak ikhlas dalam setiap kemaafan itu. Lalu aku sengaja menjauhkan diri. Tetapi aku dituduh pula telah memutuskan silaturahim antara kami, walhal aku cuma cuba untuk melindungi diri ini dari berulang kali disakiti, berulang kali disalah erti... dan pertarungan ini lah yang masih berterusan di jiwa aku kini. Walaupun apinya sudah sedikit reda, tetapi bahangnya masih lagi terasa. Aku rasa hanya masa sahaja yang benar-benar dapat memadamkan segalanya... InshaAllah.

Semua ini telah membuatkan aku hilang minat untuk ke alam cyber. Aku tinggalkan segalanya. Hanya menjenguk ke tempat yang perlu-perlu sahaja. Novel-novel juga aku tinggalkan. Entah kemana semuanya. Aku langsung tidak ambil peduli. Janji aku untuk 'read & review Senyum Sampai Langit' pun belum aku tunaikan. Entah bila... Maafkan aku ya...

~ enough for now ~