Thursday 6 May 2010

sweet sour II

picture source ~
Jemari Seni Publishing
Kisah Alia Akma, Azarul Hisyam dan Faizul Hakimi ini telah lama aku nantikan untuk mengetahui kesudahan cinta tiga segi diantara mereka. Yang masih aku ingat, semasa kisah ini masih di blog penulis lagi, aku seakan amat tertarik dengan jalan cerita dan gaya penulisan yang sangat sempoi dan ala-ala brutal itu. Dan sehingga kisah mereka ini dijadikan novel bercetak, memang tidak dapat disangkal lagi…penulis memang mempunyai caranya yang tersendiri. Dalam banyak-banyak novel yang pernah aku baca, belum pernah lagi aku membaca sebuah cerita yang disampaikan dengan cara seperti ini. Rasanya macam sedang mendengar cerita daripada seorang ‘geng’ kita yang amat rapat. Aku rasa seperti balik ke zaman muda-muda dan otak gila-gila semasa remaja.

Watak Alia Akma, heroin yang direbut oleh dua jejaka bersaudara, bercinta dengan si adik tetapi bertemu jodoh dengan si abang. Si heroin yang kuat berangan dan berimaginasi yang entah haper-haper tu makin menjadikan cerita ini semakin menarik. Setiap perkataan yang keluar dari kepala Alia untuk menyedapkan hatinya sendiri dengan setiap perkara yang berlaku di dalam dirinya membuatkan aku dapat rasa ketabahan dirinya untuk kekal waras. Keputusan Azarul untuk menikahi gadis lain, memang memeranjatkan pada awalnya yang terjawab juga dia akhir cerita ini.

Aku mula terpaut pada watak Joe – Faizul Hakimi seawal kemunculannya bertemu Alia. Apabila dia tersenyum ketika bertanyakan nama gadis ini dan senyum lagi ketika incident nyaris berlanggar kereta, membuatkan aku tersenyum dan tersengeh sama. Joe telah dengan aggresivnya mengejar Alia untuk mendapatkannya walaupun dia tau Alia itu adalah kekasih adiknya sendiri. Sanggup berpusing 360° dari kebiasaan kehidupannya yang penuh keji hanya kerana Alia…walaupun cara nak dapatkan Alia itu pun aku kira amat keji, tapi yang pasti..’best men win’ la kan..hehe…Sikap Joe yang amat romantic, cool dan terlalu menjaga Alia itu akhirnya dapat juga membuatkan Alia terpaut walaupun berkali-kali Alia mengingatkan dirinya agar jangan jatuh hati pada Joe.

Dan aku rasa, part yang paling membuatkan aku lenguh pipi kerana asyik ketawa dan tersengeh apabila bermulanya episod rumahtanggan Alia dengan Joe. Macam-macam gaya Joe cuba untuk memikat Alia dan macam-macam cara juga Alia cuba untuk tidak tunduk pada Joe yang opkos akhirnya Alia kalah juga. Adegan yang paling aku suka adalah ketika Joe memaksa Alia memanggilnya dengan panggilan ‘abang’, ketika Joe ajak Alia mandi bersama dan paling tak kurang ketika adegan ‘terpaksa peluk’ itu yang berkali-kali membuat Alia ‘test jantung’. Lenguh pipi aku baca part-part ‘Suka Jiwa’ trademark penulis ini…

Apa pun, setelah aku selesai membaca sehingga ke titik terakhir cerita ini, aku rasakan ketiga-tiga mereka ini adalah LOSER..Alia yang terlalu mengikut perasaan cintanya, Zarul yang sangat tidak mampu berpendirian teguh dan Joe yang terlalu taksub untuk mencapai keinginannya. Dan loser disini tidak sekali-kali mengambarkan keseluruhan cerita yang memang amat menarik ini. Dan untuk kau Nasz, setulus ikhlas dari hati aku, dari scale of 1-5, memang ‘Sweet Sour’ ini berhak mendapat


twinkle dari aku…..

Akhir kata, ‘Sweet Sour’ ini telah selamat aku balut dan tong sampah aku letakkan jauh darinya.

~ enough for now! ~

2 comments:

Anonymous said...

sgt TEPAT kesimpulan anda. LOSER...
jln crite menarik tp nk jadikan sgb buku fav tu xkot. byk lg yg best.

aku.awan.bayu said...

hehe...pape pun...lain org lain citarasa kan...