Friday, 25 May 2012

terlerai kasih


picture source : google images
Penulis: Rehan Makhtar
Terbitan: Karyaseni Enterprise
Cetakan pertama 2012
Sem. Malaysia RM28.00
Sabah/Sarawak RM31.00
858 muka surat



Ilham Fitri... Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu sahaja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. - Nur Wafiah.


"Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti," gurauku agar dia tidak rasa bersalah. - Wafiah


"Ala... biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje." - Ilham Fitri


Nur Wafiah... Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tidak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. - Ilham Fitri.


Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. hati yang retak bisa bercantim, terlerai kasih mereka mungkinkah bersambung?


**************************************************************************


naskah ini telah sekali lagi dihadiahkan kepada aku oleh seorang sahabat...

Sebuah kisah sedih... kisah penuh pengajaran... kisah tentang masa silam dan masyarakat. Betapa dihinanya sebuah keluarga apabila salah seorang ahlinya telah tersalah langkah dalam percaturan hidup.

This is a must read novel.. jika anda suka kepada cerita-cerita air mata, cinta, ketabahan, kesetiaan, kepercayaan dan kekeluargaan. Aku mula membaca cerita ini dari blog penulis Rehan Makhtar sehinggalah ianya berakhir di bab 57 di blog beliau. Agak sedikit hampa apabila buku ini aku pegang, selak dan aku dapati hanya beberapa bab sahaja yang tinggal untuk aku ketahui kesudahan kisah ini. Malam itu jugak aku habiskan pembacaan. Dan naskah ini aku perap dulu selama 2 minggu sebelum aku mula membacanya kembali dari awal.

Pembacaan aku agak sedikit terganggu bila tiba di ms.35... erk... grammar salah nih! sekali lagi pada ms.45.. ayat yang sama! Dan sekali lagi pada ms.46.. juga ayat yang sama... Sah!  Bosan lalu aku terus tutup novel ini. Salah siapa? Rasanya pernah aku membaca komen2 di blog penulis untuk berhati-hati apabila menulis dalam bahasa ‘Ratu’ ini. Rasanya bukan sahaja tatabahasa yang patut dititikberatkan malahan jika penulis memilih untuk memasukkan dialog dalam Bahasa Inggeris, grammar nya juga harus dijaga. Bagi aku, setelah sesebuah novel dibukukan dan dijual dengan harga yang tertentu kepada pembaca, adalah tanggungjawab penulis dan juga penerbit untuk memastikan kualiti dari segala aspek. Lain lah jika cerita ini hanya hidup di dalam blog sahaja. Sukahati la nak eja atau tembak verbs tu apa-apa pun... sebab free kan... tapi bila satu harga diletakkan...??

Apa pun, novel ini penuh dengan pengajaran dan EMOSI! Nangis2 lagi aku... Penceritaan yang sangat mantap. Dan sekali lagi untuk kesedihan ini, sesuainya   twinkle khas untuk TERLERAI KASIH...

~ enough for now ~

Thursday, 19 April 2012

langit tak selalu biru... awan tidak sentiasa kelabu...

picture source : google images

pagi ini hujan.. gerimis.. lalu terus mencurah dengan lebatnya.
hujan rahmat kah? Di pagi Khamis ini...

berdiri aku... disebalik pintu-pintu kaca.
yang memisahkan aku dengan balcony yang bukan kepunyaan Juliet...

nun di kejauhan sana... segalanya semakin kabur dari penglihatan.
pepohon yang lagi tinggi itu bergoncang hebat.

aku mendongak memandang ke langit.
tidak biru.. tetapi putihnya awan.. disulami kelabu.

tunggu aku terus tunggu... seperti yang selalu aku tahu.
untuk langit yang satu itu... yang selalu biru.

~enough for now~

Monday, 26 March 2012

Naqiah Khalida



picture source : google images


Penulis: Diya Nordin
Terbitan Mustread Sdn Bhd
Cetakan pertama 2008
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00
682 muka surat



ku reda atas segala takdir....

Hidupnya sebatang kara, tidak punya saudara tempat mengadu. Tidak pernah kenal siapa ibu dan bapanya. Krisis, ketamakan dan kerakusan dalam keluarga telah membawanya jauh ke Dunedin, New Zealand. Keputusan untuk berkahwin semasa masih belajar malah terpaksa menangguhkan pengajian semata-mata ingin menjaga suaminya yang sakit mengundang persoalan kepada semua yang menyayanginya. Adakah ini satu keputusan yang tepat? atau dia tersilap hitungan sebenarnya. Berkahwin dan kemudian bergelar balu di usia yang muda tidak pernah mematahkan semangatnya. Mengapa dia berkahwin walau telah maklum suaminya tidak akan panjang umur? Adakah ia kerana sayang atau sebab lain.


*******************************************************************************************************

"... bila Allah menduga kita, maksudnya Dia sayangkan kita. Dia menguji keimanan kita pada-Nya..."

Akhirnya... ketemu juga novel yang sudah lama aku idamkan ini walaupun hanya dipinjam dari perpustakaan. Semasa kisah ini aku baca di blog Diya Nordin sekitar tahun 2006 atau 2007 (lupa dah...), ai nanges beb! Sedih... dan aku menangis lagi apabila buku ini dapat aku pegang dan baca sehingga selesai. Penantian aku selama 4 tahun untuk membaca keseluruhan cerita ini sangat berbaloi... sangat banyak memberi pengajaran.

Novel ini mengesahkan mengenai seorang gadis, Naqiah Khalida yang dibesarkan oleh tok (nenek) nya dengan serba kekurangan, tidak pernah kenal siapa ayah dan ibunya, tidak pernah tau jika kedua orang tuanya masih hidup atau sudah tiada. Kematian toknya telah membuka segala rahsia keluarga yang selama ini tidak pernah dia ketahui... toknya seorang wanita Inggeris yang kaya, ayah dan ibunya masih hidup... dia tidak pernah dikehendaki oleh mereka...

Aku menangis saat Naqiah Khalida dipaksa menandatangani surat perjanjian untuk tidak akan pernah diketahui kewujudannya oleh ahli keluarga En. Mustaqim, sedangkan Naqiah juga adalah keluarganya.. sebagai balasan dirinya diwalikan oleh ayah kandungnya itu.

Aku menangis lagi saat Firul tersedar dari koma hanya untuk menjalankan tugasnya yang pertama sebagai seorang walid... memberi nama, melafazkan azan ke telinga, mengucup dahi bayi lelakinya Firdaus Izzudin... dan buat Naqiah, pesanan dan permintaan terakhir seorang suami buat isterinya. Sayu gilerrrr!! Siap selsema aku malam tu.. hahaha...

Dan pastinya hero dalam cerita ini adalah Adi, insan yang aku rasa telah disediakan oleh Firul untuk Naqiah sebagai pengganti dirinya saat Firul mengetahui tentang penyakit yang dihadapinya.  Adi juga seperti Firul,terpaut hati saat mengenal Naqiah. Tetapi tetap berusaha untuk menyatukan Firul dengan Naqiah. Kepada Adi jugalah Firul mempertanggungjawabkan menjaga Naqiah dan Firdaus apabila ketiadaannya nanti.

Penyesalan juga telah membawa Pn. Nadia, ibu kandung Naqiah untuk menjejaki anaknya demi untuk sebuah kemaafan...

Bagi mereka yang belum membaca atau tidak pernah tau akan kewujudan novel pertama dari Diya Nordin ini, pergilah cari dan baca.. sangat menarik. Dan untuk kesedihan dan keinsafan yang aku alami semasa membaca kisah ini, aku rasa  twinkle yang selayaknya aku beri..

Tahniah Diya Nordin!! Sangat best!


~enough for now~