Friday 24 June 2011

cendrakasih


picture source : Maria Kajiwa
 "Saya mesti terbang ke atas. Kita mesti berlindung di tempat saya buat sementara waktu," terang Kasih sambil terbang menuju ke awan.

"Apa? Tak nak!" jerit Aizat.

Aizat adalah kanak-kanak yang selalu merasakan dirinya tersisih daripada keluarganya. Kehadiran seekor burung berbulu putih menjadikan hidupnya ceria. Malangnya, dia dan kawan barunya terperangkap dalam sebuah peperangan yang hebat dia atas awan.

Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Ikutilah pengembaraan Aizat dan seekor burung yang bernama Kasih menempuhi pelbagai halangan untuk menyelamatkan Negara Cendrasakti. mampukah Aizat melawan belalang yang berjuta-juta itu? Mampukah Aizat pulang semula ke rumahnya?

*******************************************************************************************************

"Air yang dicincang takkan putus"...

Novel kanak-kanak ini selamat aku terima tadi. Dikirim oleh Pn. Maria Kajiwa, penulis novel ini. Terus Kinah dan Yaya berebut-rebut nak baca. Tak kasi can betul kat aku. Sementara menunggu Kinah (yang telah menang perebutan tadi) masuk tidur, aku email dulu berita kepada penulisnya. Sempat pulak Yaya pesan, esok turn dia pulak baca... mesti kasi tauu!!

Sebelum novel ini aku selak ke muka surat pertama, aku menguap dulu. Mengantok dah nih! Tapi bila mengenangkan yang esok buku ini bakal dicekau oleh Yaya... boleh la kot baca dulu sikit.

Membaca awalan cerita ini membuatkan aku teringat kembali nostalgia semasa kecil. Berebut dan bertekak dengan kakak dan adik-adik. Rasanya ini memang perkara biasa kan. Tapi aku juga pernah merasakan apa yang Aizat ini rasa... tersisih dari keluarga. Bila dah besar ni baru sedar... rupernya aku ni terlebih hyper kot masa kecik dulu... hehe.

Pengembaraan Aizat ini bermula apabila dia menemui seekor burung berbulu putih dan mempunyai paruh, mata dan kaki yang berwarna biru tergolek di lantai belakang rumahnya. Persahabatan Aizat dan burung bernama Kasih ini telah membawanya jauh meneroka di atas awan dan menempuh bermacam halangan untuk pengalaman yang tidak pernah dia impikan. Demi untuk membantu Kasih dan saudaranya mempertahankan kawasan mereka yang diancam peperangan dengan belalang juta, mereka telah bersetuju untuk mengembara ke sebuah gunung untuk mencari bantuan.

Akhirnya cerita yang banyak menitipkan tentang persaudaraan, ketabahan, keberanian dan tidak berputus asa ini banyak memberikan aku kesedaran bahawa Allah itu maha Esa. Setiap unsur-unsur ini disampaikan dengan cara yang sangat berkesan dan mudah difahami oleh semua. Kiranya novel ini memang sangat-sangat sesuai buat Yaya dan  
picture source : google images


twinkle aku berikan buat Pn. Maria untuk satu lagi novel kanak-kanak yang sangat menarik dan banyak memberi pengajaran ini.Well done!

Eh! Bukan ke tadi aku mengantok? Boleh pulak habis baca dalam masa sejam. Ralit sungguh nak tau pengakhiran kisah Aizat dan Kasih ni sampaikan hilang mengantok...


~ enough for now! ~

Monday 13 June 2011

it's been awhile since i...

picture source : google images
It really has been awhile since I wrote in this blog of mine. Dah jadik terbiar plak umah aku nih. Takde mood nak ber'blogging' actually. Cuma rasa sangat seronok dapat lepas dari beban yang memeningkan... memenatkan otak. Walaupun begitu, kehidupan 24 jam di rumah dengan 'permanent post' yang dah 17 tahun aku sandang ni pun sangat membuatkan aku buzy tak hengat! Apa pun, ini lebih baik dari mengadap segala hiprokrasi semasa di opis dulu.


picture source : google images
I bought quite a lot of novels during the PBAKL. 7 buah kesemuanya. Tapi up until now, I only managed to finish about 4. Slow me! Aku akan cuba untuk review??!! setiap novel yang dah dibaca ni in my next next entry. Itu pun kalau aku rajin... haha!



~ enough for now! ~