|
picture source ~
Jemari Seni Publishing |
Tiga buah ceritera dalam sebuah
WARNA
Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa
kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.
Warna II – Rnysa
Hikari Ainori
the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.
Warna III – Nasz
Karamel
karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?
ISBN: 978-967-5118-48-7
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 13 Okt 2010.
********************************************************************************
This is another good one dari Nasz! Yang ini cukup
express. Mula tulis
a few weeks before puasa…
end of puasa dah hantar to JS and tak sampai beberapa minggu JS dah canang di
webbie mereka. Masa Nasz
start menulis yang ini, aku dah suruh dia janji dulu kat aku…
to let me read them 1st! Saja je mengada nak
try kot-kot dia bagi. Dan tak disangka-sangka pada 18 Sept, 2010 satu
email telah dihantar kepada aku dgn
attachment ‘caramel.doc’. Apa lagiiii!
Jump up and down la!!
Aku baca cerita ini macam biasa..gelak manjang je. Lenguh pipi! Ayat semua memang tak boleh blah! Masih tetap sempoi. Masih tetap cam gaya berborak dengan kengkawan. ‘Kau ni sebenarnya tulis cite ke borak dengan aku ni Nasz? Cam kau dok cerita kat sebelah aku lak rasanya’… hahaha.
Lepas habis baca cerita yang belum ada
ending ni, aku memang dah ternganga.
Shock sekejap. Pastu aku cuba ingat balik dialog-dialog dalam cerita ni.
“Awak merepek apa ni? Saya anggap awak ni macam mak saya je tau.”
Terus aku gelak kuat-kuat. Gila la kau Nasz! Boleh nye kau buat
story kasi
hint pun punya lah sebaris ayat jer! Memang
un-sangka-rable betul. Aku mati-mati ingat
confirm si Arif ni buli si Ana sebab kes
reject masa
std one tu! Beriya-iya si Ana gi carik bahan bukti tengok gambar kat dalam opis. Last-last kona ke lain lak… hahaha…
Bravo my fren!
Dan tepat jam 11.03am tadi, Nasz hantar aku
ending cerita ni. Adehh!!! Tak sudah-sudah gelak lagi nampaknya. Boleh pulak tu
propose kawen cengitu. Dalam sempoi bila fikirkan balik
romantik jugak tu.
So akhirnya, aku rumuskan sambil gosok-gosok pipi aku yang dah lenguh ni bahawa sesiapa saja yang masih belum sempat membaca novel dari Nasz ini, sila-sila lah segera mendapatkannya. Memang tidak menghampakan.
And for you Nasz… again 4½ twinkle lagi untuk kau kerana berjaya membuat aku terkejut, lenguh pipi & pening sekejap mencari
hint untuk buah tangan kau kali ini. Dan harapan aku, Lazuardi a.k.a ‘Anaz’ itu nanti pun akan sama hebatnya dengan 2 novel terdahulu ini.
p/s - tang kat cerita Nazurah Aishah & Rnysa tu aku tak berani nak tulis sebab belum baca lagi....
~ enough for now! ~