Thursday 5 August 2010

AD + IZ

picture source : kaki novel
Ad + Iz
Penulis: Eury Athena
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama 2010
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
636 muka surat




Kita dirancangkan untuk bertemu...
kita ditakdirkan untuk berjumpa...
namun adakah untuk bersatu... buat selamanya?

          Adrianna Mayesa, seorag pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

          Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

          Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

          Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu...


*********************************************************************************
 
“Jatuh cinta pada Ad. That doesn’t sound so bad”….

Yup! So rasanya tak salah kan kalau aku pun jatuh cinta pada novel ini. This is also one of the most awaited novel for me (dan ada beberapa lagi). Dan seperti biasa, aku mula mengenal Adrianna Mayesa dan Tengku Farriel Izumi dari blog penulis, eury athena. Nak confess sikit kat sini… memang dari mula, bila di war-war kan akan tarikh keluaran novel ini di pasaran, diri terasa seperti yay! Yay! (jumping up and down… kan aku still young... hehe... at heart!). Tapi disebabkan beberapa komen yang aku baca mengenai novel ini membuatkan aku hold back. Dan trip to Jalan TAR bersama DIA, lencongan kami ke Minerva dan saat aku pegang novel ini di tangan… that’s it! Grab jugak. Lagipun… DIA yang beriya-iya suruh pilih. Nak menghiburkan hati aku katanya.

Sampai di rumah, aku terus selak-selak dan baca ending… ekk?? Bukan ke…?? Tapi nasib kurang menyebelahi aku untuk terus membaca novel ini…Tirah & Kinah sudah nampak! Okay la... aku beralah dulu…dan hanya selepas dua minggu baru novel ini dapat aku pegang sehingga selesai…. Puas!

Aku kurang faham kenapa ada yang mengatakan bahawa novel ini, bila sudah dipegang menjadi buku, sudah tidak menarik lagi untuk dibaca. Tapi setiap orang ada opinion mereka sendiri kan. I respect that! Tapi bagi aku, aku masih boleh feel everything. Boleh je aku gelak sensorang kat tangga LRT tu sementara menunggu DIA tiba. Perasaan yang sama tetap hadir bila baca part Ad menjadi patung cendana peluk tiang di kolej, menangis bila kucing jiran mereka mati, bila Ad menyorok di dalam almari sewaktu mereka bermain sorok-sorok (ada gak ekk orang besar yang dah kawen actually main permainan ni... hehe). Sengeh-sengeh kat McD awal pagi bila baca adegan zip baju, moonlight kiss kat taman dan time Farriel ajak Ad mandi... hehe. Tapi bila part yang sedih tu… siap seram sejuk aku cuba menahan air mata. Malu la plak kang orang tengok aku dok menangis kat situ. Tapi tak leh tahan la bila Ad kena halau especially bila Farriel sendiri yang halau tanpa mendanger penjelasan dari Ad. Dan bila Ad lost the baby. Dan akhirnya, penjelasan di pengakhiran cerita ini baru lah aku faham dengan jelas. Nurse tu je yang baru nak cakap 'time'. Doktor tu tak cakap apa pun. Dan scene kat tanah perkuburan tu yang aku rasa wat orang semua ingat Ad dah bye bye. Eury tak ada bagi clue pun... ke ada? Aku cuba ingat ingat balik. Ada ke bab Farriel accident? Dua kali dah aku baca, rasanya cam tak de je. Apa pun, as usual… sib bik happy ending. Tak moh la sad ending. Nanti berhari-hari aku pun sad gak. Terlebih emo.

Oh! Yes… sesuatu yang aku rasa perlu sangat aku jot down. Kenapa ya setiap kali aku membaca novel-novel dari Kaki Novel, mesti ada je benda yang membuatkan aku irritate sangat tang grammar? Eury… take note ya! Seawal bacaan Ad+Iz ini dari blog lagi, aku akui… English grammar eury memang bagus. So.. aku pasti yang salah-salah kat novel tu, bukan kerja eury. Tapi irritation yang sangat sedikit tu tak langsung menghalang aku untuk bagi  twinkle (out of 5) untuk AD + IZ. Well done!

 
~ enough for now! ~

2 comments:

eury athena said...

TQ 4 the comments tzaraz...sorry sbb bc lambat komen awk ni...

sAkEeNa said...

AD + IZ ni memg lawak la..thumbs up gk kat eury