Wednesday 14 September 2011

planet-planet cinta

cover depan
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5136-62-7
Tarikh Terbit: 13 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 484
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Fiksyen Sains & Fantasi
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd



Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala.


Sinopsis

cover belakang

Hidup Puteri Elara mula berubah sejak kali pertama mengenali seorang jejaka dari Bumi, Prof. Ananke. Namun, Ratu Jupiter mahu menyatukan sang puteri dengan Putera Andrastea, anak pemimpin tertinggi suku Andala.







*************************************************************************************************
"Kerana bahagia itu memerlukan dua hati..."

Ini novel kedua yang saya terima dari Pn. Maria Kajiwa. A beautiful sad love story. Tapi entah kenapa, banyak sungguh halangan untuk saya menghabiskan membacanya dengan cepat. Dari awal naskah ini sampai ke tangan, saya sudah mengelat. Selak dulu mukasurat belakang. Sedih dong... harus bersedia untuk menangis...

Dulu, semasa awal-awal penerokaan saya di blog Pn. Maria, pernah saya bertanya kepada beliau tentang kesah Elara ni, tapi rasanya Pn. Maria tak jawab atau saya yang tak check samada beliau jawab atau tidak. Planet-Planet Cinta ni adalah buku kedua dan novel pertama beliau selepas buku.. 'Tulis Novel; Anda Pun Boleh'.

Novel ini mengesahkan tentang seorang puteri raja di Planet Jupiter, Puteri Elara yang bakal menaiki takhta apabila berkahwin kelak. Tetapi setelah berjumpa dengan seorang pemuda dari Bumi, Prof. Ananke, segala tentang hidupnya mula berubah. Puteri Elara mula merasai cinta dan.. 'kerana cinta dia mengembara..'

Ada beberapa dialog dalam novel ini yang saya suka. Dan yang paling saya ulang baca sambil tersengeh-sengeh adalah.. "Tuan Puteri, jasad saya mungkin pulang, namun hati saya tidak. Jika perlukan apa-apa atau tidak perlukan sekalipun, hubungi saya. Saya sentiasa ada untuk tuan puteri. Saya akan bantu apa saja yang termampu...". Aduhaiii!!!.. bertuah sungguh badan... Dan demi cintanya, Puteri Elara sanggup berkorban segalanya.. takhta.. kebebasan.. nyawa..

Tahniah Pn. Maria.. untuk cerita indah ini walaupun saya rasa pihak PTS sepatutnya lebih berhati-hati semasa menyunting novel ini. Ada beberapa kesalahan yang bagi saya tidak sepatutnya ada di situ. Walaupun tidak banyak, tetapi ia cukup untuk membuatkan saya tutup buku dan mengomel sendirian.. hahaha..


~ enough for now! ~

No comments: