Thursday 12 January 2012

Kasihku ARINA

picture source : google images
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM25.90
Genre : Thriller + sci-fi + fantasy love story


Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia megenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa? 

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yang membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisi nya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.

"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku, Jerry, Kim dan yang lain-lain. Aku tidak ingin memaksa, tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau untuk menerima kami." ~ Nakhael

.......................................................................................................

~ "Aku tahu. Tapi aku mahu melindungi kau. Untuk selama-lamanya.." ~


Pergh!!... Cair Mak!!.. hahaha. 


PUAS!! Aku suka everything about this novel. Everything.. aku turut mengembara bersama Arina. Keliru bersama Arina. Sedih bersama Arina. Berperang bersama Arina. Dan yang paling best.. terbuai-buai oleh perasaan bersama Arina. Cukup manis dan romantis. And the catch mestilah si 'prince charming' Putera Alwiz. 


Mula meneroka kesah ini di blog penulis Anita Aruszi/Mazni Aznita entah bila tahun ntah. Aku sudah lupa. Diantara banyak-banyak cerita di blog penulis, kesah ini yang paling aku nantikan. Aku memang suka cerita-cerita fiction Syfy cengini. Memang akan aku khatam berkali-kali. Ambil masa jugak aku nak menghabiskan pembacaan novel ini. Mula dari lewat malam 7 Januari, 2012 sehinggalah ke 11 Januari, 2012. Bukan apa.. cuma perlu lebih konsentrasi untuk menghayati. Maklumlah.. banyak sangat watak yang ada. Kang tak teringat plak aku si dia tu sapa dan si polan tu sapa. Haha.. mokcik dah tuo!!


Arina adalah seorang gadis yang telah diramalkan akan membunuh seorang raja yang sangat kejam. Dia diculik dan dilatih untuk menjadi seorang pembunuh oleh raja tersebut untuk mengetahui sejauh mana kebenaran ramalan itu. 


And so, for all those people out there yang suka membaca cerita lawan-lawan pedang, naga dan makhluk aneh dan juga tentang jejaka-jejaka hebat dan tampan.. hehehe.. this is the story for you. Trust me!! Dan untuk naskah yang ini, aku berikan  



twinkle.. Syabas!!


p/s : Kasihku Arina 2 kini sudah dikeluarkan di blog penulis.. have fun!!


~ enough for now ~


2 comments:

itumatahariku said...

waaa.... aku baca komen awak selepas awak membaca novel ni, macam tak sabar pula nak baca novel ni... aku baru nak mula baca... terasa teruja pula nak baca ni... hehehe...

kalau betul bagai di kata... aku akan mulakan pengembaraan ku...

itumatahariku said...

thanks 4 reply.... luv it...