Wednesday 9 December 2009

why??


Kenapa ya aku masih di sini? Di ruang yang sangat bosan ini. Masih mengadap design-design yang ntah haper-haper. Melayan kerenah boss yang sudah tua. Dan isterinya yang seperti singa betina?

KERANA AKU MASIH PUNYAI KESABARAN.

Kenapa ya aku masih di sini? Sehingga ke hari ini masih belum dibayah upah. Masih belum diluluskan cuti. Masih belum diberikan saguhati. Masih ditaburi janji-janji manis?

KERANA AKU MASIH PUNYAI KESABARAN.

Kenapa ya aku masih di sini? Masih membiarkan diri diperbodohkan. Masih mendiamkan diri bila di hina. Masih menahan kemarahan dijiwa. Masih menafikan kebenaran yang nyata?

KERANA AKU MASIH PUNYAI KESABARAN.

Tapi sampai bila? DIA kata “angkat beg & blah je”.
Tapi boleh ke? DIA kata “buat je la”.
Tapi mampu ke? *Kenapa DIA diam saje*??

~enough for now!~

1 comment:

MiZZy MaDie said...

i told u, ksabaran ko mmg tahap tgi...respek habis aku ko leh thn smpai cm tu.