Terbitan: Karyaseni Enterprise
Cetakan pertama 2012
Sem. Malaysia RM28.00
Sabah/Sarawak RM31.00
858 muka surat
Ilham Fitri... Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu sahaja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. - Nur Wafiah.
"Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti," gurauku agar dia tidak rasa bersalah. - Wafiah
"Ala... biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje." - Ilham Fitri
Nur Wafiah... Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tidak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. - Ilham Fitri.
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. hati yang retak bisa bercantim, terlerai kasih mereka mungkinkah bersambung?
**************************************************************************
naskah ini telah sekali lagi dihadiahkan kepada aku oleh seorang sahabat...
Sebuah kisah sedih... kisah penuh pengajaran... kisah
tentang masa silam dan masyarakat. Betapa dihinanya sebuah keluarga
apabila salah seorang ahlinya telah tersalah langkah dalam percaturan hidup.
This is a must read novel.. jika anda suka kepada
cerita-cerita air mata, cinta, ketabahan, kesetiaan, kepercayaan dan kekeluargaan. Aku
mula membaca cerita ini dari blog penulis Rehan Makhtar sehinggalah ianya
berakhir di bab 57 di blog beliau. Agak sedikit hampa apabila buku ini aku
pegang, selak dan aku dapati hanya beberapa bab sahaja yang tinggal
untuk aku ketahui kesudahan kisah ini. Malam itu jugak aku habiskan pembacaan.
Dan naskah ini aku perap dulu selama 2 minggu sebelum aku mula membacanya
kembali dari awal.
Pembacaan aku agak sedikit terganggu bila tiba di ms.35...
erk... grammar salah nih! sekali lagi pada ms.45.. ayat yang sama! Dan sekali
lagi pada ms.46.. juga ayat yang sama... Sah! Bosan lalu aku terus tutup novel ini. Salah
siapa? Rasanya pernah aku membaca komen2 di blog penulis untuk berhati-hati
apabila menulis dalam bahasa ‘Ratu’ ini. Rasanya bukan sahaja tatabahasa yang patut
dititikberatkan malahan jika penulis memilih untuk memasukkan dialog dalam Bahasa
Inggeris, grammar nya juga harus dijaga. Bagi aku, setelah sesebuah novel
dibukukan dan dijual dengan harga yang tertentu kepada pembaca, adalah
tanggungjawab penulis dan juga penerbit untuk memastikan kualiti dari segala
aspek. Lain lah jika cerita ini hanya hidup di dalam blog sahaja. Sukahati la
nak eja atau tembak verbs tu apa-apa pun... sebab free kan... tapi bila satu
harga diletakkan...??
Apa pun, novel ini penuh dengan pengajaran dan EMOSI!
Nangis2 lagi aku... Penceritaan yang sangat mantap. Dan sekali lagi untuk kesedihan ini, sesuainya twinkle khas untuk TERLERAI KASIH...
~ enough for now ~
3 comments:
hai.. dok blog walking terjumpa review pasal TK.. (senyum).. mula2 nk ucap terima kasih sangat2 sudi baca TK.. maaf sebab tak panjang dah lepas stop kt blog.. masa tu ingat nak habiskan tapi hormat jgk permintaan penerbit.. huhu..maaf ye..
pasal grammar tu mmg silap saya yg paling teruk.. lain kali sy alert.. buku pertama..percayakan pada editing 100%..tp ade jgk kurang jadi sy mohon maaf sbb dh spoil mood nk baca..
apa2 pon..timekasih atas komen membina.. lain kali sy akan lebih peka berganda2 ek.. maaf atas tangisan dan emosi itu..hehe.
akhir kata.. sy hargai segalanya..
ahaks! terjumpa plak kat sini yer..
testing
Post a Comment