Thursday, 5 August 2010

AD + IZ

picture source : kaki novel
Ad + Iz
Penulis: Eury Athena
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama 2010
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
636 muka surat




Kita dirancangkan untuk bertemu...
kita ditakdirkan untuk berjumpa...
namun adakah untuk bersatu... buat selamanya?

          Adrianna Mayesa, seorag pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

          Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

          Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

          Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu...


*********************************************************************************
 
“Jatuh cinta pada Ad. That doesn’t sound so bad”….

Yup! So rasanya tak salah kan kalau aku pun jatuh cinta pada novel ini. This is also one of the most awaited novel for me (dan ada beberapa lagi). Dan seperti biasa, aku mula mengenal Adrianna Mayesa dan Tengku Farriel Izumi dari blog penulis, eury athena. Nak confess sikit kat sini… memang dari mula, bila di war-war kan akan tarikh keluaran novel ini di pasaran, diri terasa seperti yay! Yay! (jumping up and down… kan aku still young... hehe... at heart!). Tapi disebabkan beberapa komen yang aku baca mengenai novel ini membuatkan aku hold back. Dan trip to Jalan TAR bersama DIA, lencongan kami ke Minerva dan saat aku pegang novel ini di tangan… that’s it! Grab jugak. Lagipun… DIA yang beriya-iya suruh pilih. Nak menghiburkan hati aku katanya.

Sampai di rumah, aku terus selak-selak dan baca ending… ekk?? Bukan ke…?? Tapi nasib kurang menyebelahi aku untuk terus membaca novel ini…Tirah & Kinah sudah nampak! Okay la... aku beralah dulu…dan hanya selepas dua minggu baru novel ini dapat aku pegang sehingga selesai…. Puas!

Aku kurang faham kenapa ada yang mengatakan bahawa novel ini, bila sudah dipegang menjadi buku, sudah tidak menarik lagi untuk dibaca. Tapi setiap orang ada opinion mereka sendiri kan. I respect that! Tapi bagi aku, aku masih boleh feel everything. Boleh je aku gelak sensorang kat tangga LRT tu sementara menunggu DIA tiba. Perasaan yang sama tetap hadir bila baca part Ad menjadi patung cendana peluk tiang di kolej, menangis bila kucing jiran mereka mati, bila Ad menyorok di dalam almari sewaktu mereka bermain sorok-sorok (ada gak ekk orang besar yang dah kawen actually main permainan ni... hehe). Sengeh-sengeh kat McD awal pagi bila baca adegan zip baju, moonlight kiss kat taman dan time Farriel ajak Ad mandi... hehe. Tapi bila part yang sedih tu… siap seram sejuk aku cuba menahan air mata. Malu la plak kang orang tengok aku dok menangis kat situ. Tapi tak leh tahan la bila Ad kena halau especially bila Farriel sendiri yang halau tanpa mendanger penjelasan dari Ad. Dan bila Ad lost the baby. Dan akhirnya, penjelasan di pengakhiran cerita ini baru lah aku faham dengan jelas. Nurse tu je yang baru nak cakap 'time'. Doktor tu tak cakap apa pun. Dan scene kat tanah perkuburan tu yang aku rasa wat orang semua ingat Ad dah bye bye. Eury tak ada bagi clue pun... ke ada? Aku cuba ingat ingat balik. Ada ke bab Farriel accident? Dua kali dah aku baca, rasanya cam tak de je. Apa pun, as usual… sib bik happy ending. Tak moh la sad ending. Nanti berhari-hari aku pun sad gak. Terlebih emo.

Oh! Yes… sesuatu yang aku rasa perlu sangat aku jot down. Kenapa ya setiap kali aku membaca novel-novel dari Kaki Novel, mesti ada je benda yang membuatkan aku irritate sangat tang grammar? Eury… take note ya! Seawal bacaan Ad+Iz ini dari blog lagi, aku akui… English grammar eury memang bagus. So.. aku pasti yang salah-salah kat novel tu, bukan kerja eury. Tapi irritation yang sangat sedikit tu tak langsung menghalang aku untuk bagi  twinkle (out of 5) untuk AD + IZ. Well done!

 
~ enough for now! ~

Monday, 26 July 2010

wayang oh wayang

picture source : google images
10 Jun yang lepas pergi menonton wayang FREE!! Kami ikut DIA. Tuan punya cerita itu, Ahadiat Akashah kawan sekelas DIA semasa di sekolah menengah. VIOBA 82 siap booking GSC Pavillion, Hall 3 khusus untuk ahli-ahlinya serta keluarga.

Ini trip to the cinema yang pertama untuk Adek. Excited dari malam sebelumnya. Asyik-asyik tanya “Dah nak pegi ke?”. Yaya dari awal pagi dah keluarkan skinny jeans untuk dipadankan dengan T-Shirt baru. Kinah standby kat rumah Atok selepas kelas tambahan. Tirah sebuk ber’msg’ dengan Hazwan dan Baby…gerak kul brapa…nak pakai baju apa…haiii..teenagers!! Maziah could not make it. Tak sihat. Gastric. Baby’s cousin too. Seat untuk kami ada 10. Dan surprise...surprise...late afternoon dapat message dari Hazwan…mama dan abah dia nak ikut!! Errr…segan aku deh!!

The movie…bessss…Lisa Surihani memang perfect untuk watak Ayu. The newcomer…Shiqin Kamal pun perfect gak untuk watak Amelia/Ayu especially bila si Ayu tu dah blur blur. Nasz kata it should be the other way round. Shiqin jadik Ayu yang memula & Lisa jadik Ayu yang blur tu…nope my fren…Shiqin ni a bit kaku (bagi aku la)..so watak blur blur tu memang seswai. Tapi rasanya Farid Kamil tu cam tak leh laa. Rimas lak aku tengok dia bila dah jadik baik, cool, romantic, slow & steady. Scene brutal ‘budak setan’ tu cam sikit je.

Tapi untuk Que and Fazurah…tengok!...tengok!..new paragraph lagi untuk diorang berdua…memang superb acting! Time Azmi belasah the both ‘Ayu’ tu memang real! Buat aku nyampah tul! And Kate…love the facial expression and body language. Memang the right person for this character. Ahadiat kata ada 3 part story ni. So I guess pas ni sure part Kate ngan Kasyah lak la dalam ‘Katerina’.

So after the movie…geng-geng DIA pun havoc bergambar bagai kat situ. Riuh satu GSC. Semua tua-tua lak tu..kihkihkih! Pastu sambung pulak havoc kat Restoren Kampung Pandan di Jalan Yap Kwan Seng untuk sessi makan-makan (ingatkan takde makan-makan ni. Ada lah plak!). Hazwan & parents tak ikut gi makan-makan ni. Diorang balik dulu. And at the end, we reached home kul 1am. Penat but very the seronok!

~ enough for now! ~




Saturday, 10 July 2010

syukur

picture source : google images
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

 
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (Al-Fatihah : Ayat 5)




alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…dengan keizinanmu YaAllah, kami akhirnya berjaya mengharungi dugaan ini. Satu peringatan & satu pengajaran yang sangat besar bagi kami…sesungguhnya hidup tak selalu indah dan langit tak selalu cerah.


~ enough for now! ~

Tuesday, 18 May 2010

sunshine award

"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


Awal pagi tadi, aku telah di 'buzz' oleh cik bulanhijau. Dia hadiahkan aku with this award. Thank you my fren! Tapi kan..honestly...aku terkedu jap bila baca apa yang cik bulanhijau tulis tentang aku (dari kacamata dia lah!..eh..kau pakai spek ke beb?)..hehe..



8. awan bayu. Dia, reviewer terhebat! Boleh menangis
    berguling-guling, babe ! Tapi, apa yang dia cakap semuanya
    betul.


hahaha...reviewer terhebat?! aku?...hahaha lagi!...

baru 1 novel je aku review (if you could call that a review lah!)...itu pun sebab aku dipaksa (sorry nasz...tapi memang kau paksa kan..haha)

Anyway, sepatutnya aku kena pulak buat bebenda ni untuk award ini:-

i. Nominate 12 more bloggers. ..aku dah decide not to do this
                                                               sbb ada ke org yg baca blog aku nih?
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post. done!
iii. Link the nominees within your post. ..no nominees..so no link
iv. Let the nominees know they have received this award by
     commenting on their respective blogs. ..again...no nominees..
v. Share the love and link to the person from whom you have
    received the award. ..done!

Tapi kan..kot2 ada lah yang baca blog aku nih...kalau terasa nak amek award ni...sila lah...khas buat anda...

~ enough for now! ~

Thursday, 6 May 2010

sweet sour II

picture source ~
Jemari Seni Publishing
Kisah Alia Akma, Azarul Hisyam dan Faizul Hakimi ini telah lama aku nantikan untuk mengetahui kesudahan cinta tiga segi diantara mereka. Yang masih aku ingat, semasa kisah ini masih di blog penulis lagi, aku seakan amat tertarik dengan jalan cerita dan gaya penulisan yang sangat sempoi dan ala-ala brutal itu. Dan sehingga kisah mereka ini dijadikan novel bercetak, memang tidak dapat disangkal lagi…penulis memang mempunyai caranya yang tersendiri. Dalam banyak-banyak novel yang pernah aku baca, belum pernah lagi aku membaca sebuah cerita yang disampaikan dengan cara seperti ini. Rasanya macam sedang mendengar cerita daripada seorang ‘geng’ kita yang amat rapat. Aku rasa seperti balik ke zaman muda-muda dan otak gila-gila semasa remaja.

Watak Alia Akma, heroin yang direbut oleh dua jejaka bersaudara, bercinta dengan si adik tetapi bertemu jodoh dengan si abang. Si heroin yang kuat berangan dan berimaginasi yang entah haper-haper tu makin menjadikan cerita ini semakin menarik. Setiap perkataan yang keluar dari kepala Alia untuk menyedapkan hatinya sendiri dengan setiap perkara yang berlaku di dalam dirinya membuatkan aku dapat rasa ketabahan dirinya untuk kekal waras. Keputusan Azarul untuk menikahi gadis lain, memang memeranjatkan pada awalnya yang terjawab juga dia akhir cerita ini.

Aku mula terpaut pada watak Joe – Faizul Hakimi seawal kemunculannya bertemu Alia. Apabila dia tersenyum ketika bertanyakan nama gadis ini dan senyum lagi ketika incident nyaris berlanggar kereta, membuatkan aku tersenyum dan tersengeh sama. Joe telah dengan aggresivnya mengejar Alia untuk mendapatkannya walaupun dia tau Alia itu adalah kekasih adiknya sendiri. Sanggup berpusing 360° dari kebiasaan kehidupannya yang penuh keji hanya kerana Alia…walaupun cara nak dapatkan Alia itu pun aku kira amat keji, tapi yang pasti..’best men win’ la kan..hehe…Sikap Joe yang amat romantic, cool dan terlalu menjaga Alia itu akhirnya dapat juga membuatkan Alia terpaut walaupun berkali-kali Alia mengingatkan dirinya agar jangan jatuh hati pada Joe.

Dan aku rasa, part yang paling membuatkan aku lenguh pipi kerana asyik ketawa dan tersengeh apabila bermulanya episod rumahtanggan Alia dengan Joe. Macam-macam gaya Joe cuba untuk memikat Alia dan macam-macam cara juga Alia cuba untuk tidak tunduk pada Joe yang opkos akhirnya Alia kalah juga. Adegan yang paling aku suka adalah ketika Joe memaksa Alia memanggilnya dengan panggilan ‘abang’, ketika Joe ajak Alia mandi bersama dan paling tak kurang ketika adegan ‘terpaksa peluk’ itu yang berkali-kali membuat Alia ‘test jantung’. Lenguh pipi aku baca part-part ‘Suka Jiwa’ trademark penulis ini…

Apa pun, setelah aku selesai membaca sehingga ke titik terakhir cerita ini, aku rasakan ketiga-tiga mereka ini adalah LOSER..Alia yang terlalu mengikut perasaan cintanya, Zarul yang sangat tidak mampu berpendirian teguh dan Joe yang terlalu taksub untuk mencapai keinginannya. Dan loser disini tidak sekali-kali mengambarkan keseluruhan cerita yang memang amat menarik ini. Dan untuk kau Nasz, setulus ikhlas dari hati aku, dari scale of 1-5, memang ‘Sweet Sour’ ini berhak mendapat


twinkle dari aku…..

Akhir kata, ‘Sweet Sour’ ini telah selamat aku balut dan tong sampah aku letakkan jauh darinya.

~ enough for now! ~